CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 7, 2009

CinTa Budak Sains

rasenyer da lamer aku dapat dialog nie dr aniz...hari tuh nak clearkan file dalam laptop maner yg tak gn, aku pun terbaca...agak lawak..tp nice la..hehehe.. just wanna share..


BILA STUDENT SAINS DILAMUN CINTA..

Di ambang sore nan hening.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kautidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini,kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui prosespencaran dan
perolakan.


Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinankita harus mengalami pecutan ygseragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabaritu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susahkerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatikuini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kaudari sini. Biarkan aku sendirian........

8 comments:

Mohd Syafiq Rashid said...

mmg budak sains btul la =p

ieka zalikha said...

hahahaha
ika xla smpi cmni, along
isk...gile btol
hehe

apa kabar kamu?

Cikgu Qahhar said...

mmg lawak gile la...cannot stop laughing......

nk copy ek....ha ha ha...

along nurazlin said...

to syafiq: hehehe..tulis la surat cinta bahasa engineering plak..hoho.=p

to ieka : boleh ajer kalau da otak tak bleh tune...hahah. ieka wat la satu utk along...=)

to kekeng: lawak ker???tp mcm bnyk bahasa fizik jer...dapat bygkan kalau kamu berdialog ngan bakal isteri kamu ayat nie...hahaha.( gelak sampai bwh meja)=p.Skema tuL!

ieka zalikha said...

er...ika ni xpndai berbicara ayat kimia..

along,
dirimu bagaikan sulfur yg sentiasa berlegar-legar di lab 116 ku..
walaupon busuk, aku tetap hidu,
walaupon volatile, aku tetap sentuh dgn sarung tgn latex ku..

dan ingatlah, kita ade satu ikatan yg abadi..ikatan kovalen
hahahahahahahahahaha

da siap satu..lalalala~

Mohd Syafiq Rashid said...

busuk?heheheheh =p

along nurazlin said...

ieka tadi along g faculty..bau ieka ader la.kuat plak tu. bau jer along teringat ieka...eh?bau ieka la...hehehe.rindu sama kamu....lalala

along nurazlin said...

buat chapik...kalu kamu tak nak mengaku kamu busuk jngn tuduh org laen???hehehe. tau la nak jimat air...ahaks!=p