CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 4, 2008

Kau Sahabat, Kau Teman.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Bila dgr lagu ni balik, teringat kat Allahyarhamah Nurul Syukriah Shaari. Lapan tahun dulu,aku pernah tdo st katil dgn die...pernah kongsi criter suker duke dgn die...tapi dier pergi b4 sempat amek PMR pun. Die sakit.
Akhirnya dier terpaksa berhenti sekolah b4 naik form 3.Sehari sebelum die pergi, die ada call ktorg satu kelas. Die cakap die rindukan ktorg semua...Die ajak ktorg satu kelas datang rumah lawat die pastu mkn same2. dalam telefon suare die lemah sngat2. Die tak boleh cakap bnyk,die batuk teruk. So, ktorng st kelas decide nak pegi esok harinya jugak. Tapi pukul sepuluh pagi tu, hri rabu...ktorng dapat berita die dah "pergi"....memang tak bleh tahan air mata. Gurl for sure la nangis teresak2. Time tu blaja maths. Sampai cikgu tu suruh ktorg nags dulu br sambung blaja blk. Ktorg tak sempat nak jumpe die, dan die seolah2 nak bgtau ktorg pergi jumpe die b4 dier "pergi".Tapi ktorg tak sempat pun tngk die buat kali terakhir...Sampai umah die, die da slamat dikebumikan.Hanya doa yg dapat ktorg kirimkan buat Allahyarhamah Syukriah.
Tapi, b4 Syuk pergi die sempat ajar aku doa yang sampai hari ini menjadi amalan aku tiap2 kali lepas solat...Thanks Syuk, ada ilmu yang takkan luput ni. Syukur pada Allah kerana menemukan aku dngn Syuk. Walaupun utk waktu yang singkat tp cukup bermakna. InsyaAllah, kalau umur aku panjang aku nak cr family Syuk balik...Buat kawan2 yg pernah st kelas ngan aku kat SHAH PEKAN (1,2,3 JASA) miss you all guys. Semoga dapat kumpul balik bl masing2 dah berjaya, dan jngn luper kenangan kt same dan juge Allahyarhamah Nurul Syukriah.
Buat kawan2 yang terbaca crita nie, sm2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurul Syukriah. Moge rohnye dicucuri rahmat dan die ditempatkan di kalangan orng2 beriman...Al-Fatihah.

0 comments: