Tuesday, December 30, 2008
Di mAna cantiknYa Seorang Wanita?
Posted by along nurazlin at 12:23:00 PM 0 comments
Saturday, December 27, 2008
BuaT InSan TerIstImewA.....HayaTilah
Ingin aku bertanya perihal dirimu,
Bagaimana kah keadaan iman dan amal solehmu tika ini?
Sudahkah engkau sujud menyembah ilahi?
Adakah engkau telah memberi makananbuat jiwa dan hatimu?
Wahai mujahid,
Aku sungguh gembira dan tak henti-henti mengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memilikirijal yang hebat,
Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yang fana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yang sementara.
Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera dan permata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi
khaliq yang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akandilihatNya
Sebelum kau menyambut akad dari walid kesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan aku wanita yang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akan dijadikan pembantu di sayap kiri perjuanganmu ,
Berjanji bahawa kau mengejut aku di malam hari untuk tahajud dan mendamba
cinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan
sunnah habibullah di teratak kita,
Wahai kekasih Allah,
ku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allah buatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luhmahfuz sana,
berjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di
kerajaan akhirat nanti,
Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,
Kita pasti akan bersatu jua…..
Posted by along nurazlin at 11:31:00 PM 0 comments
Thursday, December 25, 2008
From Neya To AlonG
Ni Neya bls kat blog Along je coz Neya xde blog huhuhuhu numpang sat.
1. Which part of ur face do u like the MOST?
Entah la sume best je hahaha
2. Who is the most important to you?
Tricky question but my answer mesti la
FAMILY FRIENDS
-Mak - Along
-Ayah - Ieka
-Along - Aniz
-Angah - Zihan
-Adik Gemok - Neda
-K.Is (Sister in law) - Ija
-Iman Tomok (anak buah) - Malyn
Less important hehehe P***H, J*** n FIZ
3. How often do you think of committing suicide?
Hampir tiap-tiap hari hahaha especially:-
Bile duit Torn City aku kene mugged dgn org lain
Bile jiran sebelah dok memekak je sampai berjamjam ngarut sebelah bilik aku.
4. Do you think you have enough confidence?
Confident memang kureng bile bab presentation je yang lain mmg HIGHLY CONFIDENCE!!
5. How many babies you want?
Lebih sikit je dari Along heee kalo ble nk enam=P
6. What is your favourite fruit?
Kureng la bab makan buah ni but durian kot yang paling bleh layan
7. What was your goal for this year?
Ngorat P***H kalo berjaya ak nak wat kenduri kesyukuran + nak siapkan Master ak secepat mungkin
8. Do you believe in eternity love.
Entah la nk kate x caye, cm caye la jugak sket2
9. What is your worst experience.
Regret sampai mati kot kalo org sebut bab bola baling huhuhu serius nyesal x main tuk wakil negeri peringkat kebangsaan huhuhu GOLD MEDAL tuh
10. What do you really really want now?
Nak GRF cepat hahaha tu pun kalo dapat.. da mcm2 planning da dlm pale nih
11. What is your bad habit.
Bad habit dari dolu suke gigit kuku so xpyh le membazir bli pengetip kuku kan...
12. Do u have a secret crush?
Kene bgtau ke.. keep it as secret la ek =P
13. Do you cherish every single friendship of yours?
Mestilah. Sebab ak ni bkn ramai kawan so keep in touch giler2 la
14. What does flying means to you
Flying kalo ikut istilah kamus maksud dia terbang la kan??
15. What do you crave for the most currently?
Nak P***H to be mine hehehe
16. Are you single/relationship?
Aduh soklan ape la ni. Ermm in relationship but still available hahahaha
17. What have you done to yourself to make yourself happy?
Mengarut and ngade2 ngan ALONG la the most think yang ak akn buat tuk bg idup ak eppi
18. What are you hoping for?
Blessing from Allah and my family for every single things.. Hope ak xjahil dunia and akhirat
19. If today is your last,what will you do?
Solat taubat byk2.. maklum la byk dosa hehehe and kene tinggalkan wasiat walaupun rete ak x banyak but kene wat gak =)
20. Bile planning tuk gatherkan sume kwn2?
Ble kate tiap2 hari ak plan nak wat gathering kawan2 ak cz ak syg diorg hehehehe LOVE YOU ALL!!
HOhoHOhoHOhoHO laungan dr Santa
Posted by along nurazlin at 5:37:00 PM 1 comments
Wednesday, December 24, 2008
FRog (Katak) Vs ToaD (Kodok)
FROG
smooth, moist skin
no warts on body
narrower body and waist
live near or in water
longer hind legs for hopping webbed hind feet for swimming
eggs are in massive lump of cloudy jelly
TOAD
rough, drier skin
have warts on body
broader, flatter body
live on land, breed in water only
shorter hind legs, walks rather than hop
eggs are long and stringy, wrapped around water plants
Posted by along nurazlin at 12:04:00 PM 0 comments
Khas Utk Dibc oleh Ieka Comey...=)
Untuk tidak menghampakan ieka bucuk,nie along da jwb sume soklan tuh..hehe
1. Which part of ur face do u like the MOST?
Eyes.
2. Who is the most important to you?
My Family-Mak,abah,angah,adek,intan
My bucuk -apit
My friends-Neya,aniz,ieka,syu
3. how often do you think of committing suicide?
Ckp jer tp tak niat pun..huhuhu
4. do you think you have enough confidence?
Yes...50% is enough.=p
5. how many babies you want?
lebih dr 4...haha
6. what is your favourite fruit
apple + salak + jambu madu
7. what was your goal for this year?
Collecting data for master project
8. do you believe in eternity love.
Yes, of course. Just follow ur heart...
9. what is your worst experience.
Tak ingat dah..kalo bleh memang tak nak ingat sampai bl2 pun.=(
10. what do you really really want now?
Nak balik umah lagi
11. what is your bad habit.
Bl menguap ade kuar bunyi sampai org lain dgr...malu sungguh.hukhuk.=p
12.do u have a secret crush?
yup..dolu2 la.hehehe
13. do you cherish every single friendship of yours?
yes , I do!But once i am being hurt...no 2nd chance.huhu
14. what does flying means to you
Free.
15. what do you crave for the most currently?
Nak myV SE satu...huhu. Neya kater nak blanjer.=)
16. are you single/relationship?
I have apiT... Si bucuk.
17. what are you supposed to be doing now?
think the best answer for all the questions nie...ieka punye pasal la nie.hehe
18.what have you done to yourself to make yourself happy?
listening to music
19. what are you hoping for?
Blessing from Allah for every single things...
20.If today is your last,what will you do?
Nak cakap kat sumer orang yg sayer syg...I LOVE YOU!
instructions: remove one question from above and add in your personal question. make a total of 20 questions and tag 3 people.
Posted by along nurazlin at 10:27:00 AM 3 comments
Tuesday, December 23, 2008
Bio and Me..
Criter pasal konvensyen tu, 4 department involved (physic,math,bio,Chemistry).Masing2 tunjukla pencapaian masing2 kan.Actually the convention for stafs, tp ktorng nie dah terlibat secara tak lansung sbb prof la. Tlg die angkat aquarium, setting la per yg patut..huhu. Kt orang berduer jer student. segan gak la. Tp prof tu slamber gak ajak ktorng nie g minum2 samer. memang tak la kan..huhu. Ktorg trus menghilangkan diri and dtg bl oncall...Besa la tuh... Segan nak campur ngan org2 besar nie.
1)Garra Rufa is a species of freshwater fish which breeds in the river basins of the Northern and Central Middle Eastern countries, mainly in Turkey, Syria, Iraq, Iran & Pakistan.
2)t is also called the Doctor Fish, because of the role it plays in healing people affected with skin problems like psoriasis.
3)Garra Rufa also goes by the names of Nibble Fish, Kangal Fish, and Doctor Fish.
In non-medical terms the fish is also called Reddish Log Sucker.
FACTS about Garra Rufa...
-Originated from the Middle East in rivers & springs.
-Researched species of fish in Turkey (Protected Species)
-Release enzymatic secretions and Dithranol which is a component of dermatological creams for skin to regenerate faster.
-Nibbles on dead skin by sucking on your skin, similar to exfoliation, the natural way.
-Lifespan of 6 years.
-Can grow up to 7cm in length.
-Continues nibbling even when they are full.
-Assist in temporary treatment of skin conditions such as psoroasis
Unique kan ikan nie...hehe.bl korang wat spa ikan nie n bnyk ikan hurung kaki korang means that kaki korang tuh memang bnyak daki la..So, pas nie bleh la cube. Jus for fun..=)
Posted by along nurazlin at 11:44:00 PM 0 comments
Monday, December 22, 2008
Enjoy togethEr...=)
Me n Aniz @ Maulana
neya n Aniz
Argh....help me!!
aniz n Me
Shadow Of us.
Posted by along nurazlin at 10:34:00 PM 1 comments
Sunday, December 21, 2008
cAwaN vS aIr
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”
Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!
Posted by along nurazlin at 11:16:00 PM 0 comments
Cukuplah wahai nafsu...
Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…
Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..
Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..
Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya..
Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..
Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..
Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..
Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)
Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..
Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..
Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin
Posted by along nurazlin at 8:33:00 PM 0 comments
DIA yg dekat...
Posted by along nurazlin at 7:36:00 PM 0 comments
Thursday, December 18, 2008
Here again....=)
Posted by along nurazlin at 6:00:00 PM 0 comments
Thursday, December 4, 2008
Kau Sahabat, Kau Teman.
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Akhirnya dier terpaksa berhenti sekolah b4 naik form 3.Sehari sebelum die pergi, die ada call ktorg satu kelas. Die cakap die rindukan ktorg semua...Die ajak ktorg satu kelas datang rumah lawat die pastu mkn same2. dalam telefon suare die lemah sngat2. Die tak boleh cakap bnyk,die batuk teruk. So, ktorng st kelas decide nak pegi esok harinya jugak. Tapi pukul sepuluh pagi tu, hri rabu...ktorng dapat berita die dah "pergi"....memang tak bleh tahan air mata. Gurl for sure la nangis teresak2. Time tu blaja maths. Sampai cikgu tu suruh ktorg nags dulu br sambung blaja blk. Ktorg tak sempat nak jumpe die, dan die seolah2 nak bgtau ktorg pergi jumpe die b4 dier "pergi".Tapi ktorg tak sempat pun tngk die buat kali terakhir...Sampai umah die, die da slamat dikebumikan.Hanya doa yg dapat ktorg kirimkan buat Allahyarhamah Syukriah.
Posted by along nurazlin at 3:15:00 AM 0 comments
Wasiat Ibu untuk Si Puteri
Begitulah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah mencapai kedudukan yg mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman setelah pemerintahan bapa mereka.
Posted by along nurazlin at 1:29:00 AM 0 comments
PerMata YaNg diCaRi
Posted by along nurazlin at 1:09:00 AM 0 comments
Salam Aidiladha Buat Semua....=)
Hari nie angah jemput kat serdang and kami kan drive pulang ke Pahang. Semoga perjalanan kami selamat....
Posted by along nurazlin at 12:25:00 AM 0 comments
Wednesday, December 3, 2008
Nilai Sepuluh Ringgit
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.
“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”
“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;
“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan berkata; “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”
Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur.
“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira.
Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.
“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.
“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.
“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.
Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.
Moral : Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.
Posted by along nurazlin at 9:13:00 PM 0 comments
Tuesday, December 2, 2008
Erti Sahabat
Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita
pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untukmenceritakan
tentang rasa bim bangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita
merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
p/s: thanks to all my friends...especially NEYA. i luv u so much!!!!!!!=P. walaupun ko lg syg laki ko yg gangster itu.hehehe
Posted by along nurazlin at 12:00:00 PM 1 comments
Monday, December 1, 2008
SEKUFU
“Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?” “Ahli muzik, mak…” “Pantang keturunan aku ahli muzik!”
Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “Dia kerja apa? kat mana?” dll. Jarang yang ‘berani’ bertanya… “Dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?” dan lain-lain.
Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu ‘menghina’ (???) si teruna.
Balik kepada persoalan sekufu. Apa sebenarnya sekufu? Para fuqaha telah berbahas panjang lebar tentang isu kufu. Perkataan kufu pada asalnya bermaksud ’sama’. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju.
Kita sering melihat kufu pada gaji, pekerjaan, keturunan, ijazah dan yang seumpamanya. Maka, jika si anak dara balik dari luar negara, maka kalau boleh biarlah si teruna paling ‘koman’ pun ada ijazah dari U tempatan. Kalau setakat diploma, “Minta maaflah ya, anak saya belum sedia untuk dilangsungkan!”, begitulah helah yang mungkin dikata. Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dan lain-lain.
Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama.
Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Inilah jenis kufu yang perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan akan menjamin rumahtangga bahagia. Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran.
Alangkah indahnya perkahwinan jika setiap akad nikah diasaskan dengan wawasan baitul muslim.
Posted by along nurazlin at 3:06:00 PM 0 comments