CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 30, 2008

Di mAna cantiknYa Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.



Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik?


#Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.


# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.


# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.


# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.


# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.


# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".


# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Saturday, December 27, 2008

BuaT InSan TerIstImewA.....HayaTilah

Wahai bakal zaujd ku,
Ingin aku bertanya perihal dirimu,
Bagaimana kah keadaan iman dan amal solehmu tika ini?
Sudahkah engkau sujud menyembah ilahi?
Adakah engkau telah memberi makananbuat jiwa dan hatimu?
Wahai mujahid,
Selepas aku melihat engkau di balik hijab istikarahku,
Aku sungguh gembira dan tak henti-henti mengucap syukur,
Gembira kerana aku bakal memilikirijal yang hebat,
Tapi aku juga takut…..
Takut kau alpa dan leka dalam dunia yang fana…..
Takut kau tergoda dengan nikmat yang sementara.
Aku bukan wanita bercita rasa tinggi,
Bukan ingin dimanjakan dengan wang berjuta,
Bukan ingin tubuh disaluti sutera dan permata,
Kerana ianya tiada nilai di sisi
khaliq yang maha Esa,
Hanya iman dan taqwa yang akandilihatNya
Sebelum kau menyambut akad dari walid kesayanganku,
Aku ingin kau berjanji,
Berjanji yang kau akan menjadikan aku wanita yang paling bahagia,
Berjanji denganku yang aku akan dijadikan pembantu di sayap kiri perjuanganmu ,
Berjanji bahawa kau mengejut aku di malam hari untuk tahajud dan mendamba
cinta pada Allah,
Berjanji bahawa kau akan menghidupkan
sunnah habibullah di teratak kita,
Wahai kekasih Allah,
ku bersedia menjadi zaudjah mu,
Kerana aku tahu kau adalah pilihan Allah buatku,
Aku tak lupa akan janji kita di luhmahfuz sana,
Tapi jika Allah takdirkan kita tidak
berjodoh di sini,
Barangkali kita akan bertemu di
kerajaan akhirat nanti,
Usah khuathir akan diriku,
Letakkan aku dalam jagaan Ar-Rahman,
Percayalah bila tiba waktu dan masanya,
Kita pasti akan bersatu jua…..

Thursday, December 25, 2008

From Neya To AlonG

Ni Neya bls kat blog Along je coz Neya xde blog huhuhuhu numpang sat.

1. Which part of ur face do u like the MOST?
Entah la sume best je hahaha

2. Who is the most important to you?
Tricky question but my answer mesti la
FAMILY FRIENDS
-Mak - Along
-Ayah - Ieka
-Along - Aniz
-Angah - Zihan
-Adik Gemok - Neda
-K.Is (Sister in law) - Ija
-Iman Tomok (anak buah) - Malyn
Less important hehehe P***H, J*** n FIZ


3. How often do you think of committing suicide?
Hampir tiap-tiap hari hahaha especially:-
Bile duit Torn City aku kene mugged dgn org lain
Bile jiran sebelah dok memekak je sampai berjamjam ngarut sebelah bilik aku.


4. Do you think you have enough confidence?
Confident memang kureng bile bab presentation je yang lain mmg HIGHLY CONFIDENCE!!

5. How many babies you want?
Lebih sikit je dari Along heee kalo ble nk enam=P

6. What is your favourite fruit?
Kureng la bab makan buah ni but durian kot yang paling bleh layan

7. What was your goal for this year?
Ngorat P***H kalo berjaya ak nak wat kenduri kesyukuran + nak siapkan Master ak secepat mungkin

8. Do you believe in eternity love.
Entah la nk kate x caye, cm caye la jugak sket2

9. What is your worst experience.
Regret sampai mati kot kalo org sebut bab bola baling huhuhu serius nyesal x main tuk wakil negeri peringkat kebangsaan huhuhu GOLD MEDAL tuh

10. What do you really really want now?
Nak GRF cepat hahaha tu pun kalo dapat.. da mcm2 planning da dlm pale nih

11. What is your bad habit.
Bad habit dari dolu suke gigit kuku so xpyh le membazir bli pengetip kuku kan...

12. Do u have a secret crush?
Kene bgtau ke.. keep it as secret la ek =P

13. Do you cherish every single friendship of yours?
Mestilah. Sebab ak ni bkn ramai kawan so keep in touch giler2 la

14. What does flying means to you
Flying kalo ikut istilah kamus maksud dia terbang la kan??

15. What do you crave for the most currently?
Nak P***H to be mine hehehe

16. Are you single/relationship?
Aduh soklan ape la ni. Ermm in relationship but still available hahahaha

17. What have you done to yourself to make yourself happy?
Mengarut and ngade2 ngan ALONG la the most think yang ak akn buat tuk bg idup ak eppi

18. What are you hoping for?
Blessing from Allah and my family for every single things.. Hope ak xjahil dunia and akhirat

19. If today is your last,what will you do?
Solat taubat byk2.. maklum la byk dosa hehehe and kene tinggalkan wasiat walaupun rete ak x banyak but kene wat gak =)

20. Bile planning tuk gatherkan sume kwn2?
Ble kate tiap2 hari ak plan nak wat gathering kawan2 ak cz ak syg diorg hehehehe LOVE YOU ALL!!

HOhoHOhoHOhoHO laungan dr Santa

Wednesday, December 24, 2008

FRog (Katak) Vs ToaD (Kodok)

Most common question that people would asked is, "What is the difference between a frog and a toad?" I thought it was probably a good idea to share some information about this..if ur biologist and you are fail to answer this question?...hoho.malunye....

FROG

smooth, moist skin
no warts on body
narrower body and waist
live near or in water
longer hind legs for hopping webbed hind feet for swimming
eggs are in massive lump of cloudy jelly


TOAD


rough, drier skin
have warts on body
broader, flatter body
live on land, breed in water only
shorter hind legs, walks rather than hop
eggs are long and stringy, wrapped around water plants

Khas Utk Dibc oleh Ieka Comey...=)

Untuk tidak menghampakan ieka bucuk,nie along da jwb sume soklan tuh..hehe

1. Which part of ur face do u like the MOST?
Eyes.

2. Who is the most important to you?
My Family-Mak,abah,angah,adek,intan
My bucuk -apit
My friends-Neya,aniz,ieka,syu

3. how often do you think of committing suicide?
Ckp jer tp tak niat pun..huhuhu

4. do you think you have enough confidence?
Yes...50% is enough.=p

5. how many babies you want?
lebih dr 4...haha

6. what is your favourite fruit
apple + salak + jambu madu

7. what was your goal for this year?
Collecting data for master project

8. do you believe in eternity love.
Yes, of course. Just follow ur heart...

9. what is your worst experience.
Tak ingat dah..kalo bleh memang tak nak ingat sampai bl2 pun.=(

10. what do you really really want now?
Nak balik umah lagi

11. what is your bad habit.
Bl menguap ade kuar bunyi sampai org lain dgr...malu sungguh.hukhuk.=p

12.do u have a secret crush?
yup..dolu2 la.hehehe

13. do you cherish every single friendship of yours?
yes , I do!But once i am being hurt...no 2nd chance.huhu

14. what does flying means to you
Free.

15. what do you crave for the most currently?
Nak myV SE satu...huhu. Neya kater nak blanjer.=)

16. are you single/relationship?
I have apiT... Si bucuk.

17. what are you supposed to be doing now?
think the best answer for all the questions nie...ieka punye pasal la nie.hehe

18.what have you done to yourself to make yourself happy?
listening to music

19. what are you hoping for?
Blessing from Allah for every single things...

20.If today is your last,what will you do?
Nak cakap kat sumer orang yg sayer syg...I LOVE YOU!

instructions: remove one question from above and add in your personal question. make a total of 20 questions and tag 3 people.

The three lucky persons are:
-APit
-Aniz
-Neya

Tuesday, December 23, 2008

Bio and Me..

Biologist work with plants and animals...tapi istilah biology nie terlalu luas for explaination.huhu. Banyak cabangnye...Kite blajar tentang kehidupan, perkaitan antara makhluk Ciptaan Allah SWT dengan persekitarannye...semua ciptaan-Nya terlalu unik dan cantik. sejak azali lg, Allah dah ciptakan sesuatu itu dgn kepentingan masing2.so thats why knp kiter as Khalifah di bumi Allah nie perlu menjaga semuanya. Kerna kita ada akal yg membezakan kita dari makhluk Allah yg lain,tanggungjawab kite terlalu besar untuk menjaga bumi Allah ini yg semakin sakit oleh kerana perbuatan kita2 jugak...so bila ader kejadian seperti tanah runtuh, banjir besar ke, global warming, we are shouldn't blame each others...Bila pikir2 balik nie mungkin balasan Allah atas kealpaan kita terhadap KuasaNya..Mengabaikan amanah yg telah diberi...So, sm2 kite renungkan dan selagi masih ade masa kt betulkan lah maner yg tak betul.

Tu br intro jer tuh..hehe. sj utk kt renungkan sm2. actually dah 2 hari demam masuk hr nie, but since dah jumper Dr kat Pk UPM td. Alhamdullillah...Kurang la sket. Selama 3 tahun kat UPM , da nak msk 4 tahun, baru nilah sekali pegi PK.huhu. Bayar je tp tak pernah g pun. Coz bl demam je for me mkn panadol pun ok la...memang boleh baik tp lambat sket la kan. Tp setelah dipaksa oleh Neya akhirnya, dngn rela hati pg jugakla ke Pk itu. Ye la pas anta specimen utk Konvensyen Fac Science kat Fac Madic td, trus jer g Hospital Serdang for breakfast. Tb2 bdn panas gl2 rase nak meletup jer...Since awal lg nak wait konvensyen tu habis, g la pk dulu. Nasib baik tak ramai orang. Sekejap jer la. Kalau da bukak sem nie memang penuh ngan students la jawabnye...Cian neya coz kn anta aku blk dolu...Kunci blk prof kat dier.Ingat nak wait tp aku memang da tak leh tahan,so blk la dulu n wait prof call br decide g blk UPM..tp sampai ke sudah Prof tak call...agak2 die blk trus kot...huhu. so esok pg2 nak taknak kn la g UPM gak.
Criter pasal konvensyen tu, 4 department involved (physic,math,bio,Chemistry).Masing2 tunjukla pencapaian masing2 kan.Actually the convention for stafs, tp ktorng nie dah terlibat secara tak lansung sbb prof la. Tlg die angkat aquarium, setting la per yg patut..huhu. Kt orang berduer jer student. segan gak la. Tp prof tu slamber gak ajak ktorng nie g minum2 samer. memang tak la kan..huhu. Ktorg trus menghilangkan diri and dtg bl oncall...Besa la tuh... Segan nak campur ngan org2 besar nie.


da ckp2 pasal bio nie,Just wanna share about Dr.Fish or Garra Rufa. Benda nie da semakin popular kat Asia nie. even kat Malaysia nie maner2 pg pun ada. paling murah RM5 for ten minutes.kadang2 terpikir gak nak bela ikan nie sajer2.hehehe. mcam lg best jer kalau leh wat spa sendri kat umah...tp mesti kn modal yg besar jugak kan...Nie ader sket information yg aku cr,bclah sekadar utk tambah ilmu...



1)Garra Rufa is a species of freshwater fish which breeds in the river basins of the Northern and Central Middle Eastern countries, mainly in Turkey, Syria, Iraq, Iran & Pakistan.


2)t is also called the Doctor Fish, because of the role it plays in healing people affected with skin problems like psoriasis.


3)Garra Rufa also goes by the names of Nibble Fish, Kangal Fish, and Doctor Fish.
In non-medical terms the fish is also called Reddish Log Sucker.

FACTS about Garra Rufa...
-Originated from the Middle East in rivers & springs.
-Researched species of fish in Turkey (Protected Species)
-Release enzymatic secretions and Dithranol which is a component of dermatological creams for skin to regenerate faster.
-Nibbles on dead skin by sucking on your skin, similar to exfoliation, the natural way.
-Lifespan of 6 years.
-Can grow up to 7cm in length.
-Continues nibbling even when they are full.
-Assist in temporary treatment of skin conditions such as psoroasis


Unique kan ikan nie...hehe.bl korang wat spa ikan nie n bnyk ikan hurung kaki korang means that kaki korang tuh memang bnyak daki la..So, pas nie bleh la cube. Jus for fun..=)

Monday, December 22, 2008

JUst for You Apit...=)











Enjoy togethEr...=)


Last friday night, we (me, anis and neya) have a great time together, going to merdeka square. I still can remember my last time being there when i was 12 years old...After ten years... huhu...Just taking some pictures and then we are going back...The colours of the light are painted the night...Nice trip i think?=)


Me n Aniz @ Maulana


neya n Aniz


Argh....help me!!



aniz n Me


Shadow Of us.






Sunday, December 21, 2008

cAwaN vS aIr


SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!
Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
1) Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
2) Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
3)Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
4)Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Cukuplah wahai nafsu...

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya..

Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)


Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..

Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin

DIA yg dekat...

Allah engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau
Biarkan hamba Mu menangis
Karna kemurahan Mu
Karna kasih sayang Mu
Hanya bila diri Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela
Dia kekasih Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asthma Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Setiap makhluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untuk Mu
Setiap wajah mendamba cinta Mu cahaya Mu

Thursday, December 18, 2008

Here again....=)

at last i'm going back to serdang...selepas sehari menangguh perjalanan pulangku kerana skt perut tb2.nasib baik tak bl tiket lg..huhuhu.
So sad coz da tak dpt mkn mskn mak lg.hukhuk. tp bl da ader dpr kat umah sendri bleh msk ape yg kiter suke la kan? even tak sedap...kter sendri jer nak mkn..nak jd miss independent.hehehe.
But turun2 je dr bas da ader org sambut kan. Sape lg kalau bukan Apit Musyuk.heheh. dah lm jugak tak jumper budak botak ini. da 2 bulan since after my convo.just g mkn n then pas anta sampai serdang, dier pun trus pulang ke rumah...lgpun pnt. He got his birthday present yg tak sempat nak bg hr tuh..thanks to neya yg amek aku kat komuter walaupun dier dok lambai2 aku lm gak.hehehe. cian kawan aku sorang nie. bute kejap bl nampak chapik td.hehehe.
luv my life now.. becoz ramai org yg syg kat sy..hikhikhik (gelak gedix???=p. neya mesti menci.hahaha)
So esok kn g UPM daftar maSter for second sem. Alhamdulillah, sem FIRst ok la.pas! Thanks to prof Jambari. pas ni 2nd sem yg lg mencabar..huhu. Harapnye Allah akan memudahkan urusanku...InsyaALLAH.
suke lagu nie...miss Independent by neyo. =)

Thursday, December 4, 2008

Kau Sahabat, Kau Teman.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Bila dgr lagu ni balik, teringat kat Allahyarhamah Nurul Syukriah Shaari. Lapan tahun dulu,aku pernah tdo st katil dgn die...pernah kongsi criter suker duke dgn die...tapi dier pergi b4 sempat amek PMR pun. Die sakit.
Akhirnya dier terpaksa berhenti sekolah b4 naik form 3.Sehari sebelum die pergi, die ada call ktorg satu kelas. Die cakap die rindukan ktorg semua...Die ajak ktorg satu kelas datang rumah lawat die pastu mkn same2. dalam telefon suare die lemah sngat2. Die tak boleh cakap bnyk,die batuk teruk. So, ktorng st kelas decide nak pegi esok harinya jugak. Tapi pukul sepuluh pagi tu, hri rabu...ktorng dapat berita die dah "pergi"....memang tak bleh tahan air mata. Gurl for sure la nangis teresak2. Time tu blaja maths. Sampai cikgu tu suruh ktorg nags dulu br sambung blaja blk. Ktorg tak sempat nak jumpe die, dan die seolah2 nak bgtau ktorg pergi jumpe die b4 dier "pergi".Tapi ktorg tak sempat pun tngk die buat kali terakhir...Sampai umah die, die da slamat dikebumikan.Hanya doa yg dapat ktorg kirimkan buat Allahyarhamah Syukriah.
Tapi, b4 Syuk pergi die sempat ajar aku doa yang sampai hari ini menjadi amalan aku tiap2 kali lepas solat...Thanks Syuk, ada ilmu yang takkan luput ni. Syukur pada Allah kerana menemukan aku dngn Syuk. Walaupun utk waktu yang singkat tp cukup bermakna. InsyaAllah, kalau umur aku panjang aku nak cr family Syuk balik...Buat kawan2 yg pernah st kelas ngan aku kat SHAH PEKAN (1,2,3 JASA) miss you all guys. Semoga dapat kumpul balik bl masing2 dah berjaya, dan jngn luper kenangan kt same dan juge Allahyarhamah Nurul Syukriah.
Buat kawan2 yang terbaca crita nie, sm2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nurul Syukriah. Moge rohnye dicucuri rahmat dan die ditempatkan di kalangan orng2 beriman...Al-Fatihah.

Wasiat Ibu untuk Si Puteri

Setelah Al-Haris bin Amr, Raja negeri Kandah hendak berkahwin dengan anak perempuan Auf Bin Muhlim Asyaibani, diarahkan utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:

Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya
Tetapi!Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman untuk yang berakal
Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami
Tetapi!
Wanita diciptakan untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal yang belum kau biasa
Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Tentunya suamimu
Jadi teman yang paling setia
Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
Sebagai bekalan perjalananmu
Menuju alam bahagia.
Relakan dirimu sekadar yang ada
Semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu
Jauhkan dirimu dari segala yang jelek
Yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
Agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
Secerah suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkitkan berahi
Dan...
Air cukup memada
Bagi yang tiada
Jaga masa makannya
Jaga waktu tidurnya
Kerana,
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebab pertama
Keruh suasana disebab kedua
Hulurkan tanganmu....
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan
Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai kerana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasih kau, kasihlah dia
Benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.....
Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu"
Begitulah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah mencapai kedudukan yg mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman setelah pemerintahan bapa mereka.

PerMata YaNg diCaRi

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Salam Aidiladha Buat Semua....=)

Hurm...pejam celik,pejam celik da nak hbs 2008 ni. so lg sbln msk la taun baru. Di kesenpatan ini sy nak ucapkan salam Aidiladha buat semua. Semoga raya Qurban tahun nie membawa kegembiraan buat semua, tp jngn sesekali luper pd yg kurang nasib baik. So, kt kongsilah kegembiraan ini sm2...

Hari nie angah jemput kat serdang and kami kan drive pulang ke Pahang. Semoga perjalanan kami selamat....

So, rayer hj tahun nie sume berkumpul kat rumah. And da cukup la ahli keluargaku..termasuk adeq yg kat Sarawak tuh...Happy sngt2. Aidilfitri hari tuh die tak blk. jauh sngt...Rayer kat Selangor.Alhamdulillah tahun nie Allah bg peluang kami sekeluarga berkumpul kembali dan beraye di rumah sendri. Taun nie my father tak buat korban kot, ader rezeki mayb tahun depan. InsyaAllah...=)






Angah n NaQieu

Wednesday, December 3, 2008

Nilai Sepuluh Ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;

“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata; “Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira.

Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.

“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.

Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.


Moral : Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.

Tuesday, December 2, 2008

Erti Sahabat

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan
dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita
pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untukmenceritakan
tentang rasa bim bangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita
merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

p/s: thanks to all my friends...especially NEYA. i luv u so much!!!!!!!=P. walaupun ko lg syg laki ko yg gangster itu.hehehe

Monday, December 1, 2008

SEKUFU


“Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?” “Ahli muzik, mak…” “Pantang keturunan aku ahli muzik!”


Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “Dia kerja apa? kat mana?” dll. Jarang yang ‘berani’ bertanya… “Dia tahu sembahyang tak? puasa pernah tinggal? dah berapa kali khatam al-Quran?” dan lain-lain.

Percayalah, kalau ini yang ditanya, pasti merah padam anggota rombongan yang masuk meminang. Silap hari bulan, terus angkat punggung kerana menganggap soalan itu ‘menghina’ (???) si teruna.

Balik kepada persoalan sekufu. Apa sebenarnya sekufu? Para fuqaha telah berbahas panjang lebar tentang isu kufu. Perkataan kufu pada asalnya bermaksud ’sama’. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju.

Kita sering melihat kufu pada gaji, pekerjaan, keturunan, ijazah dan yang seumpamanya. Maka, jika si anak dara balik dari luar negara, maka kalau boleh biarlah si teruna paling ‘koman’ pun ada ijazah dari U tempatan. Kalau setakat diploma, “Minta maaflah ya, anak saya belum sedia untuk dilangsungkan!”, begitulah helah yang mungkin dikata. Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dan lain-lain.

Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama.

Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Inilah jenis kufu yang perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan akan menjamin rumahtangga bahagia. Pasangan yang diijabkabulkan dengan keimanan tahu tanggungjawab masing-masing. Tidak timbul masalah pengabaian nafkah. Tidak timbul masalah dera mendera. Tidak terjadi suami main kayu tiga. Tidak terabai pendidikan dan makan pakai anak-anak. Tidak ada rungutan dan cemuhan dari isteri jika suami tidak mampu menyediakan banglo dan lauk enak setiap hari. Semuanya berjalan dengan tenang, sabar dan penuh kesyukuran.

Alangkah indahnya perkahwinan jika setiap akad nikah diasaskan dengan wawasan baitul muslim.